Home » Welcome to Sarawak
imgimgimgimgimgimg

Selamat Datang ke Sarawak

img

Kumpulan Pelancongan dan Hospitaliti SEDC menjemput ANDA ke negeri Sarawak yang indah dan alami setiap layanan istimewa.

Terletak di pulau Borneo, Sarawak menjanjikan para pengunjung dengan pelbagai tarikan – dari segi sejarah yang menarik dan warisan budaya serta rumah kepada 27 kumpulan etnik, keindahan hutan hujan, gua yang menarik, hidupan dasar laut dan terumbu karang.

Sarawak merupakan negeri yang terbesar serta mempunyai sungai terpanjang di Malaysia iaitu Batang Rajang. Manakala, Taman Negara Gunung Mulu pula dinobatkan sebagai sebuah tapak warisan dunia yang mempunyai ruang bawah tanah terbesar di dunia yang dikenali sebagai “Sarawak Chamber”. Selain daripada itu, hutan hujan di Sarawak mempunyai salah satu eosystems yang pelbagai di dunia.

Bandar-bandar utama di Sarawak menyajikan para pengunjung dengan sesuatu perkara yang lama dan baru – perkampungan serta deretan kedai-kedai lama, serta seni bina dari zaman pemerintahan penjajah di tengah-tengah kawasan bandaraya dan bangunan yang moden.

Pengunjung juga akan di dedahkan dengan pelbagai pilihan penginapan yang terdiri dari hotel bertaraf antarabangsa, tempat peranginan tepi pantai serta di kawasan hutan, tempat penginapan yang berpatutan dan rumah penginapan di kawasan perkampungan yang dikenali sebagai "Home Stay".

Bagi pengemar makanan pula, Sarawak menyajikan pelbagai pilihan makanan yang terdiri daripada makanan antarabangsa dan masakan tempatan dari pelbagai kumpulan etnik.

Dengan itu, kami menjemput anda untuk memilih SARAWAK sebagai destinasi pelancongan, kunjungan rasmi atau tempat bagi anda mengadakan sesebuah acara. Sila datang dan alami sendiri layanan istimewa dari kami.